
RISAU TENGOK ANAK TIADA AKTIVITI WAKTU CUTI SEKOLAH?
NAK TAHU TEKNIK BAGAIMANA MELUKIS BOLEH MENJADI
TEKNIK MENGHAFAL?
NAK TAHU TIPS BAGAIMANA NAK JADIKAN HOBI &
BAKAT MELUKIS SEBAGAI IBADAH?
DAFTARKAN ANAK ANDA KE BENGKEL LUKIS & HAFAL BERSAMA USTAZ KARTUN,
SUPAYA MEREKA DAPAT PENGISIAN BERMANFAAT SEMPENA CUTI SEKOLAH INI. ANAK ANDA
JUGA AKAN MENDAPAT GAMBARAN LEBIH JELAS CARA MEMAHAMI DAN MENGHADAL SURAH
ALQURAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN BERKESAN.
(Pastikan anda baca semua keterangan satu persatu, dengan tenang sampai habis. Jangan skip ya? Sebab kami nak anak anda mendapat info yang betul bagi untuk seminar nanti)
Hai, Assalamualaikum. Izinkan saya
memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Mohd Nasrullah bin Che
Halim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kartun, Saya merupakan
jurulatih di Ulum
Training and Consultancy dan kartunis sepenuh masa. Baru-baru ini, saya telah
ditawarkan menjadi Hos untuk Rancangan Ustaz Kartun dan Robojim yang bersiaran
di TV Al-Hijrah. Saya adalah pengasas dan penggubal modul kaedah Kartun-Gogi
Al-Quran dan Bengkel Komik Pendidikan. Saya juga merupakan pemegang ijazah
Sarjana Muda Usuluddin. Al-Azhar, Mesir dan Diploma Pendidikan, Institut Perguruan
Kampus Perlis.
Pada
tahun 2018, saya telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas, Inovasi Islam
&Bahasa Arab peringkat kebangsaan (INOVIS 2018) di USIM. Diikuti dengan
Anugerah Emas, Karnival Kreativiti Inovasi (KKI 2019), peringkat Kebangsaan di Terengganu
dan Anugerah Perak, Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP2019), peringkat
antarabangsa di Universiti Utara Malaysia. Saya juga merupakan Peserta Terbaik
program Pendakwah Digital anjuran KUISCELL. Anda boleh lihat profil dan
hasil kerja saya di FB Page Ustaz Kartun & Robojim
Untuk makluman ibu bapa dan para pendidik
di luar sana. Saya berpengalaman mengendalikan kelas dan bengkel dalam bidang Pendidikan
dan kemahiran diri. Saya telah mengendalikan program Bengkel Lukis & Hafal ke
seluruh tanah air dan ramai peserta-peserta kursus yang
telah Berjaya menggunakan Teknik Lukis dan Hafal untuk menghafaz surah-surah
dalam Al-Quran. Kini, saya giat berkolaborasi dengan pihak sekolah, agensi
kerajaan mahupun pihak swasta untuk menganjurkan Bengkel Lukis & Hafal
Surah AlQuran baik untuk golongan pelajar, saudara baharu, pendidik mahupun
golongan korporat untuk mereka menjadi insan celik
AlQuran seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
MODUL KAMI:
1)
Peserta dapat mempelajari Teknik Melukis Kartun yang tepat
2)
Peserta dapat memperhalusi Bacaan Surah berserta Hukum Tajwid
3)
Dapat membantu peserta memahami & Menghafal melalui Teknik melukis
4) Sesi kuiz IQRA’, permainan minda dan aktviti berkumpulan
5) Menjadikan minat & bakat sebagai saluran ibadah dan sumber pahala
BERITA BAIK !
KINI, anak anda boleh menyertai program
Bengkel Lukis & Hafal iaitu program kupasan dan huraian petikan ayat dan
Surah Al-Quran melalui kaedah Lukis & Hafal. Kami inginkan anak anda berasa
seronok belajar dengan pendekatan berbeza menggabungkan bakat dan kreativiti mereka
hingga timbul rasa suka dan ingin meneroka isi kandung Al-Quran yang indah itu Bersama
jurulatih kami Ustaz Kartun dan isterinya Ustazah Hidayah.
Mengikut pemerhatian saya, ada beberapa keluhan utama ibubapa terhadap anak mereka pasca Covid-19 ini, antaranya:
✔ Kanak-kanak lebih berminat
kepada gajet daripada aktiviti lain di rumah.
✔ Anak-anak yang suka melukis lebih gemar membaca komik sama ada berbentuk majalah ataupun online.
✔ Kanak-kanak sudah kurang bersosial dan melakukan aktiviti berkumpulan Bersama rakan.
✔ Tempoh 2 tahun pandemic mengakibat anak-anak lebih suka duduk di rumah daripada beraktiviti di luar.
✔ Anak-anak yang ketinggalan mata pelajaran sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan lain.
Saya faham, ibubapa pastinya sudah
memberikan nasihat dan panduan yang terbaik buat anak-anak, namun kadang-kadang
anak lebih suka menerima arahan dan teguran daripada pihak ketiga ataupun orang
yang jarang ditemui. Adakalanya mereka bersifat lebih terbuka dengan guru
ataupun fasilitator program yang mereka sertai. Oleh yang demikian, izinkan
kami menjalankan tugas dan memikul amanah ini.
APA ITU TEKNIK LUKIS DAN HAFAL NI?:
ALKISAH Ustaz Kartun bercerita…
Ada seorang hamba Allah yang saya kenali.
Beliau berumur 29 tahun. Sebelum ini beliau telah menghafaz banyak ayat
al-Quran. Sayangnya, apa yang dihafaz sebelum ini langsung tidak difahami
maksudnya. Setelah saya memperkenalkan kaedah ini kepadanya. Beliau sangat
teruja untuk meneroka lagi apakah maksud di sebalik ayat-ayat suci al-Quran
melalui kaedah Lukis & Hafal ini.
Jika begitulah kesannya terhadap orang dewasa. Apatah lagi kanak-kanak yang gemar melukis. Sebelum ini anak-anak kita mendapat inspirasi melukis daripada komik barat dan jepun, Apakata kali ini kita cuba bawa anak-anak menerokai dunia al-Quran dengan bakat yang mereka ada.
SEMUA INSAN DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH
DAN DIKURNIAKAN ALLAH DENGAN BAKAT TERSENDIRI…
Tidak semua orang diberi
kelebihan menghafaz al-Quran dengan teknik mendengar dan mengulang-ulang ayat. Ada
kanak-kanak yang diberi kelebihan mampu mengingati sesuatu perkara dengan
melihat. Ada juga dikurnia bakat untuk memahami dan mengingat sesuatu dengan cara
melukis, tidak kurang juga yang mampu mengingat dengan cara menggayakan ayat
tersebut sama ada secara fizikal atau menggunakan imaginasinya.
Walhasil, ramai yang mampu
menghafaz Surah Al-Quran kerana Berjaya memahami maksud selepas menyertai
program Lukis & Hafal ini. INGAT! Kaedah ini bukan sahaja khusus untuk
kanak-kanak bahkan sesuai untuk golongan dewasa. Sesuai digunakan oleh para
guru sebagai Teknik mengajar ataupun oleh saudara baharu yang ingin menghafaz
Al-Quran.
Tunggu apa lagi tuan dan puan...
Para ibu bapa sekalian. Melentur
buluh biarlah daripada rebungnya. Mendidik anak untuk Cinta dan Takut Tuhan biarlah
dari zaman kanak-kanaknya.
Para guru dan pendidik. Mari sertai kami melahirkan
generasi celik Al-Quran dengan menyertai program Lukis & Hafal ini.
Insya-Allah sangat bermanfaat .
Hasil lakaran anak-anak dan pelajar boleh disimpan sebagai kenangan bahkan boleh dicetak semula sebagai rujukan dan perkongsian dengan rakan-rakan. Semoga program ini dapat mendorong minat dan kreativiti anak-anak supaya suka kepada al-Quran dengan melukis dan berkarya seterusnya dapat memberikan kebaikan kepada diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Aamiin.
APA ITU KARTUN-GOGI?
Mudahnya faham Al-Quran dengan melukis.
Bila sudah faham, lebih mudah pula menghafalnya.
ANTARA PERKARA MENARIK DALAM PROGRAM INI:
✔ Memupuk semangat pelajar untuk cintakan ilmu pengetahuan
& cintakan Al-Quran.
✔ Menggunakan minat, bakat
dan kreativiti mereka untuk berbuat dan mencipta sesuatu.
✔ Memberi keyakinan kepada
anak-anak untuk berani mencuba dan menghasilkan sesuatu untuk kebaikan diri dan
orang lain.
✔ Memberi kefahaman tentang
isi kandung Al-Quran dan mempelajari Teknik menghafal Al-Quran dengan mudah.
✔ Mendidik pelajar supaya
bersikap inovatif dalam mencipta dan menghasilkan sesuatu, bukan sekadar
mencedok dan mengambil idea orang lain.
✔ Rahsia bagaimana
menjadikan bakat melukis dan kemahiran sebagai ibadah dan sumber pahala
berpanjangan.
"Adakah anak saya boleh join program ni?”
Program ini khas untuk anak & pelajar yang
mempunyai syarat-syarat berikut:
✔ Ada bakat atau minat melukis (yang tak pandai boleh diasah bakatnya)
✔ Sedang mencari kaedah dan Teknik belajar berkesan
✔ Tidak suka menghafal & mengingat apa yang sudah belajar
✔ Susah nak fokus belajar & mudah lari fokus
✔ Susah nak seimbangkan antara waktu belajar dan bermain
✔ Berumur 7 – 12 tahun (sekolah rendah)
✔ Ada abang atau kakak sekolah menengah nak join? BOLEH!
* Kami akan
beri harga istimewa untuk pakej adik-adik beradik.
Jika
YA, Tahniah! Anak anda bukan sahaja layak, bahkan SANGAT DIGALAKKAN untuk
mengikuti BENGKEL
LUKIS & HAFAL ini!
WOW INI SANGAT MENARIK.
Bila bengkel ini akan
dibuat dan di mana?
Ini untuk orang Rawang, Selayang, Gombak, Batang Kali, KKB, Bestari Jaya, Kepong, Sungai Buloh, Puncak Alam dan sekitarnya... Jom Turun Bandar Country Homes, Rawang (hanya 5 minit dari Aeon Rawang) untuk sertai program Lukis & Hafal yang santai dan meriah ini. (Kalau yang datang dari jauh, boleh la pusing-pusing AEON Rawang dulu sementara anak-anak mengikuti program kami.
Tarikh | Masa | Lokasi |
10 September 2022 (Hari Sabtu) | 8.30 pagi hingga 5.00 ptg | Dewan KAFAI Al-Muttaqin, Taman Desa Mas, Bdr Country Homes, 48000 RAWANG, SELANGOR. |
*Makanan & ruang solat disediakan
(Boleh menggunakan ruangan solat Surau Al-Muttaqin)
*Bahan kursus dan sijil disediakan. Sila bawa
peralatan menulis dan mewarna sendiri.
TAWARAN SPECIAL CUTI SEKOLAH:
DISKAUN HARGA YURAN JIKA
BELI SEKARANG!
Harga Biasa : RM120
Harga Cuti Sekolah :
Special
Offer RM95 sahaja!
TUNGGU DULU...
JANGAN BELI LAGI..!
Sebab kami ada TAWARAN KOMBO untuk pendaftaran berkumpulan 3 orang!
Terutama
jika ada abang atau kakak sekolah menengah yang ingin turut serta program Lukis
& Hafal Bersama Ustaz Kartun ini.
HARGA DISKAUN
JIKA MEMBUAT PEMBELIAN KOMBO 3 TIKET SEKARANG
Harga Biasa : RM120 /
PAX
Harga Cuti Sekolah : RM95 / PAX
HARGA
KOMBO : RM250 / 3 PAX
(Penjimatan RM35 daripada
Harga Cuti Sekolah untuk seorang
Jimat RM110 daripada Normal Price..!)
Daftar selewat-lewatnya 8 Sept 2022 (Khamis) untuk dapatkan HARGA KOMBO ini. Tiada harga istimewa selepas itu. Walk-in dibenarkan namun tiada lagi
harga diskaun.
HAA.. TUNGGU APA LAGI..?
DAFTAR SEKARANG DI BAWAH INI
Jangan
lepaskan peluang keemasan ini ya!
JUMPA DI SANA..!